Kuala Lumpur harapkan keajaiban - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur harapkan keajaiban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Harapan Kuala Lumpur untuk terus beraksi dalam Liga Super musim hadapan di lihat semakin samar selepas tewas 0-2 kepada Felda United di Stadium Kuala Lumpur, Cheras di sini sebentar tadi.

Dalam aksi berkenaan, dua jaringan menerusi sentuhan Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal dan Muhammad Zahril Azri Zabri masing-masing pada minit ke-40 dan ke-64 sudah cukup memberikan kelegaan buat skuad The Fighters serta menghidupkan peluang untuk terus berada dalam liga utama.

Keputusan berkenaan sekali gus meletakkan skuad Warga Kota pada kedudukan tercorot dengan pungutan 14 mata iaitu di belakang Felda United dan PKNP FC yang kini berkongsi 15 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, skuad kendalian Mohd. Nidzam Jamil masih berkelebihan satu perlawanan biarpun berada pada kedudukan ke-11 menerusi perbezaan jaringan.

Mengikut perkiraan, Kuala Lumpur hanya mengharapkan keajaiban untuk menang ketika bertemu Johor Darul Ta’zim dan Perak dalam dua aksi terakhir untuk mendapatkan mata bagi keluar daripada zon penyingkiran.

Berdasarkan situasi semasa, ia seolah-olah memperlihatkan slot Kuala Lumpur bakal digantikan dengan Sabah selepas pasukan Negeri di Bawah Bayu berkenaan telah dinaikkan pangkat musim hadapan setelah menjuarai saingan Liga Premier 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini