Kriket: Perjalanan naik turun England - Utusan Malaysia

Kriket: Perjalanan naik turun England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kapten England, Eoin Morgan berkata, perjalanan pasukannya ke separuh akhir kejohanan kriket Piala Dunia 2019 umpama menaiki roller-coaster.

Sebelum ini England berisiko tersingkir dalam kejohanan berprestij itu selepas tewas kepada Sri Lanka dan Australia namun akhirnya berjaya mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik apabila berupaya menewaskan India serta New Zealand.

“Kami bermain dengan baik, beraksi kurang bagus dan akhirnya bermain dengan sangat baik semula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam beberapa aksi kami tidak konsisten namun dua perlawanan terakhir kami beraksi dengan luar biasa,” kata Morgan.

England memulakan kempen Piala Dunia 2019 selaku pasukan pilihan berikutan berada di kedudukan ranking terbaik namun kekalahan kepada Sri Lanka dan Australia telah mengundang kritikan terhadap skuad berkenaan.

Dalam aksi separuh akhir England di jadual menentang sama ada India atau Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini