WASHINGTON 18 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menggelar layanan China terhadap etnik Muslim Uighur sebagai ‘kotoran abad ini’ dan mendakwa Beijing mendesak negara-negara lain agar tidak menghadiri persidangan berhubung kebebasan beragama dianjurkan oleh Washington.
“China merupakan tuan rumah kepada salah satu krisis hak asasi manusia terburuk ketika ini; ia sememangnya kotoran abad ini,” kata Pompeo pada hari terakhir persidangan tersebut di Washington.
Tambah Pompeo seperti dipetik oleh Reuters, kerajaan China telah ‘menggalakkan’ negara-negara lain daripada menghadiri persidangan terbabit.
“Adakah perbuatan itu selaras dengan jaminan kepercayaan beragama yang termuat dalam Perlembagaan China?” soalnya. – AGENSI











