Kontrak hadapan KLCI ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Kontrak hadapan KLCI ditutup tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini selari dengan prestasi tinggi di pasaran tunai.

Kontrak bulan Julai 2019 meningkat lima mata kepada 1,673, Ogos 2019 bertambah empat mata kepada 1,672.5, September 2019 naik tiga mata kepada 1,670 dan Disember 2019 melonjak 4.5 mata kepada 1668.5.

Bagaimanapun, jumlah dagangan merosot kepada 3,987 lot berbanding 5,776 lot Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 23,202 kontrak berbanding 24,446 kontrak sebelumnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penanda aras FBM KLCI meningkat 2.92 mata atau 0.17 peratus kepada 1,672.37. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini