BERJAYA. Seramai 37 peserta dari Kelantan berjaya membawa pulang lapan pingat temasya Taekwon-Do ITF Asia Pacific School Championship 2019 yang diadakan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
PARA penaja bergambar bersama kontinjen Taekwon-Do ITF Kelantan sempena temasya Taekwon-Do ITF Asia Pasific Championship 2019 di Shah Alam baru-baru ini.
Penaja utama kontinjen Taekwon-Do ITF Kelantan, Nik Azhan Mat Tahir dari syarikat kontraktor, AT PRO Homes berkata, pihaknya bersama beberapa lagi penaja lain berbesar hati untuk memberikan sumbangan agar sukan Taekwon-Do ITF di Kelantan lebih berkembang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Hasilnya 37 peserta bersama lapan jurulatih berjaya meraih lapan pingat iaitu dua pingat emas dan enam gangsa dalam kejohanan kali pertama dianjurkan itu,” katanya.











