Konkrit pintu rumah sewa, ajar penyewa degil - Utusan Malaysia

Konkrit pintu rumah sewa, ajar penyewa degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 16 Julai – Berang de­ngan sikap penyewa yang enggan keluar dari rumahnya, seorang pemilik rumah nekad menutup pintu kediaman itu dengan kon­krit, dalam kejadian di Medono, Kota Pekalongan, Jawa Tengah, kelmarin.

Lapor Tribunnews.com, pemilik rumah, Johanes Kevin Anton didakwa berbuat demikian selepas penyewa rumahnya tidak mahu mengosongkan premis itu selepas tamat kontrak sewaan.

Ketua Rukun Tetangga (RT), Suparlan berkata, pemilik rumah berkenaan telah menutup satu daripada pintu rumah sewa itu menggunakan konkrit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Disebabkan berlaku kekecohan, penduduk setempat me­minta bantuan saya dan pihak lain untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Suparlan memberitahu, rumah tersebut dimiliki pemilik bernama Johanes Kevin Anton manakala penyewanya tidak diketahui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini