BALIK PULAU – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan kegiatan penyaluran sisa buangan dari sebuah kolam penternakan udang ke dalam sungai Kuala Sungai Pinang di sini sehingga menyebabkan aliran sungai menjadi semakin cetek.
Pemangku Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, masalah itu telah dikesan berlaku sejak lebih 10 tahun lalu yang dibimbangi boleh mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan kejadian banjir kilat jika tidak ditangani segera.
“Dalam tinjauan yang dilakukan, kita mendapati selain berlaku mendapan lumpur yang menyebabkan saliran sepanjang lebih kurang 1 kilometer tertimbus, sisa buangan dari kolam ternakan udang itu juga mengalir ke dalam laut.
Memuatkan artikel berkaitan…











