Koir UiTM bersuara tiga emas - Utusan Malaysia

Koir UiTM bersuara tiga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Pasukan koir Universiti Teknologi Mara (UiTM), berjaya merangkul tiga emas dalam semua kategori yang dipertandingkan dalam Festival Koir Antarabangsa Copernicus kali ketujuh di Torun, Poland.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim dalam satu kenyataan berkata, tiga kategori yang dipertandingkan adalah Koir Campuran dan ‘Folklore’ (lagu rakyat /budaya) hasil persembahan UiTM Chamber Choir (UCC) serta kategori Koir Wanita oleh UiTM Women`s Chorale (UCS).

Selain itu katanya, UCC juga berjaya merangkul anugerah khas iaitu ‘Special Audience Prize’ (Hadiah Khas Penonton) dan ‘Grand Prix of All Volunteers Awards Per Musicam ad Astra’ dalam pertandingan yang diadakan dari 29 Jun sehingga 3 Julai 2019 itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 12 daripada 52 kumpulan koir layak ke pusingan akhir. Antara negara yang layak adalah Poland, Latvia, Lithuania, Taiwan, Filipina , Indonesia, Afrika Selatan dan Malaysia.

“Dalam pertandingan itu, UCC telah mempersembahkan tiga buah lagu sewaktu sesi konsert persahabatan dan mempertaruhkan sebelas buah lagu tempatan serta antarabangsa untuk keseluruhan pertandingan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Pasukan koir UiTM bergambar semasa menyertai Festival Koir Antarabangsa Copernicus kali ketujuh di T
Pasukan koir UiTM bergambar semasa menyertai Festival Koir Antarabangsa Copernicus kali ketujuh di Torun, Poland. – UTUSAN ONLINE/gambar ihsan UiTM

Mengulas lanjut Mohd. Azraai berkata, ‘Special Audience Prize’ (Hadiah Khas Penonton) diterima selepas gambar kumpulan koir UiTM berjaya mendapat lebih 7,500 tanda suka melalui undian secara dalam talian dalam laman media sosial Facebook.

Menurutnya, bagi anugerah khas ‘Grand Prix of All Volunteers’ diraih berdasarkan hasil undian sukarelawan yang mengendalikan keseluruhan program tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini