KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) akan mengadakan lawatan ke Rumah Bakti Datuk Harun bagi menyampaikan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah kebajikan itu.
KLSCCCI dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan diadakan di rumah kebajikan itu di KM 11, Jalan Hulu Kelang, Ampang Selangor pada Ahad ini.
“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membantu golongan kurang bernasib baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











