Klopp setia bersama Liverpool - ejen - Utusan Malaysia

Klopp setia bersama Liverpool – ejen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Liverpool cuba mengikat Jurgen Klopp dengan kontrak baharu, menurut ejen pengurus itu.

Klopp masih terikat dengan kontraknya yang hanya akan berakhir pada 2022, tetapi ketua Reds berminat untuk ‘merantai’ jurulatih itu untuk jangka masa panjang setelah mengharungi kempen mengagumkan bagi musim 2018/19.

Liverpool memenangi Liga Juara-Juara selepas mencipta kebangkitan mengagumkan pada separuh akhir menentang Barcelona dan kemenangan ke atas Tottenham pada perlawanan akhir di Madrid, Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp berjaya melakukan tranformasi ke atas skuad Reds sejak tiba pada 2015, selepas melakar kejayaan di Mainz dan Borussia Dortmund di Jerman.

Pengendali berusia 52 tahun itu pernah dikaitkan dengan tawaran kerja di Real Madrid dan Juventus, tetapi Klopp menyifatkan laporan berita tersebut sebagai mengarut, sebelum jawatan berkenaan masing-masing digalas oleh Zinedine Zidane dan Maurizio Sarri.

Klopp juga pernah dikaitkan untuk mengambil alih tugas daripada jurulatih skuad kebangsaan Jerman, Joachim Low yang dikatakan bakal meninggalkan pasukan tersebut, dan ejen pengurus itu, Marc Kosicke berkata, ia mungkin boleh menjadi pilihan terbaik Klopp.

“Jurgen sendiri pernah berkata, jika satu hari nanti Joachim Low tidak lagi berminat untuk menggalas tugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan, maka tidak mustahil dia akan menerima tugas tersebut, ia merupakan pilihan untuknya,” kata Kosicke kepada media Jerman, Welt .

Bagaimanapun, Kosicke memberitahu, Klopp tidak berhajat untuk meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat ini dan apa yang pasti ia tidak akan berlaku selagi kontraknya bersama Reds belum berakhir, malah, tiada kelab yang mampu menarik minatnya.

“Liverpool sememangnya berminat untuk menyambung kontrak sedia ada. Jurgen masih dapat merasai kejayaan Liverpool dalam Liga Juara-Juara. Liverpool sebuah kelab yang hebat, dan dia berada di tempat dan waktu yang tepat.

“Pada ketika ini, tiada sesiapapun yang mampu mendapatkan khidmat Jurgen. Bagaimana untuk menilai seorang jurulatih yang berjaya meningkatkan nilai kelab daripada 900 juta pound (RM4.65 bilion) kepada hampir hampir 2.8 bilion pound (RM14.49 bilion)?” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini