Khazanah perjelas status saham CIMB - Utusan Malaysia

Khazanah perjelas status saham CIMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Khazanah Nasional Bhd menjelaskan ia tidak menjual sahamnya dalam CIMB Group Holdings Bhd seperti yang dilaporkan.

Dana harta negara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata saham-saham tersebut dipindahkan menurut perjanjian pemberian pinjaman sekuriti yang dimeterainya masing-masing dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Credit Suisse Securities (Europe) Limited dan J.P. Morgan Securities PLC berkaitan dengan bon boleh tukar yang diterbitkan baru-baru ini.

“Bon boleh tukar itu tidak akan mempunyai kesan dilutif ke atas pendapatan sesaham CIMB,” kata Khazanah sambil menambah penerbitan bon boleh tukar itu adalah sebahagian daripada aktiviti pembiayaan tetapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khazanah juga berkata ia menerbitkan 10 bon boleh tukar sejak 2004.

Dilaporkan semalam bahawa Khazanah telah menjual 3.45 peratus pegangannya dalam bank kedua terbesar Malaysia itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini