Kesan ketagihan video lucah - Utusan Malaysia

Kesan ketagihan video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI fitrah manusia normal mempunyai naluri keinginan terhadap pasangan berlainan jantina, justeru Islam menggalakkan umatnya yang mampu untuk berkahwin bagi memandu keinginan tersebut ke arah diberkati.

Namun, akibat tewas dengan kehendak tersebut, ramai yang tersalah langkah antaranya dengan menonton video lucah bagi memuaskan nafsu.

Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Al-Taubah Ilallah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antaranya ialah:

1- Terhalang mendapat ilmu

2- Terhalang rezeki

3- Merasa jauh dari rahmat Allah

4- Merasa terpinggir hubungan sesama manusia

5- Segala urusan menjadi sukar dan sulit

6- Hati menjadi gelap

7- Terhalang daripada melakukan ketaatan

8- Boleh memendekkan umur seseorang

9- Mengheret kepada kemungkaran lain

10- Melemahkan rangsangan ketaatan

11- Merasa bangga dengan maksiat

12- Mendapat penghinaan daripada Allah

13- Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah

14- Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk bernyawa

15- Melemahkan akal fikiran

Sehubungan itu, elakkan daripada menonton filem atau video lucah, sebaliknya gantikan amalan tersebut dengan membaca al-Quran atau mendengar ceramah agama bermanfaat.

Elakkan daripada duduk bersendirian dan cuba bersahabat dengan rakan yang boleh membawa kepada kebaikan.

* Sumber Irsyad Fatwa, Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini