Kerajaan Sabah akan bantu mangsa kebakaran Kampung Batung - Utusan Malaysia

Kerajaan Sabah akan bantu mangsa kebakaran Kampung Batung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 31 Julai – Kerajaan Sabah akan membantu mangsa kebakaran di Kampung Batung, Pinangah, Tongod, selepas kediaman mereka musnah terbakar, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jabatan dan agensi berkaitan telah diarahkan untuk melawat kampung itu bagi membuat penilaian dan penyediaan bantuan yang akan disalurkan dalam kadar segera.

“Ingatan dan doa saya sentiasa bersama para penduduk kampung. Kerajaan Sabah akan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas badannya melecur 90 peratus akibat kebakaran memusnahkan 29 rumah, sebuah tadika, dua kenderaan serta sebuah kuaters klinik kesihatan.

Mangsa dikenali sebagai Eng Suan King @ John Philip disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital terdekat setelah dihantar oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

Mohd Shafie turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pada ketika ini, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan menyediakan bantuan makanan dan minuman selama tiga hari, selain mangsa kebakaran terlibat boleh mendapatkan keperluan asas lain seperti tilam dan selimut serta susu formula bayi di pusat pemindahan sementara.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini