PELANTIKAN semula Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ironinya, Ketua UMNO Bahagian Arau itu masih relevan di dalam politik khususnya di Perlis kerana beliau masih mendapat sokongan akar umbi parti termasuk rakyat di negeri ini. Cuma kali ini, tanggungjawab Shahidan dilihat lebih besar kerana mengetuai UMNO Perlis sebagai negeri pembangkang buat pertama kalinya meskipun parti itu masih mengekalkan prestasi cemerlang di dalam pilihan raya lalu. Antara cabaran dilihat menanti kepulangan Shahidan kali ini iaitu mampukah beliau mengukuhkan perpaduan di dalam parti bukannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya