Kenyataan Nazri Aziz terhadap Najib tidak bertanggungjawab - Anina Saadudin - Utusan Malaysia

Kenyataan Nazri Aziz terhadap Najib tidak bertanggungjawab – Anina Saadudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikai perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Pengasas Empirical Malaysia , Anina Saadudin berkata, kenyataan Nazri itu dianggap sebagai duri dalam daging kepada perjuangan rakyat.

Berikut kenyataan penuh Anina:

Memuatkan artikel berkaitan…

Jutaan pengikut bekas presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Razak mengikuti perkembangan terbaru politik negara apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) semalam dengan rasa lega dan gembira.

Kadar kebergantungan rakyat terhadap media sosial untuk mendapat maklumat yang benar kini berpaksikan page yang menduduki carta no 1 dalam negara, Najib Razak. 

Kelebihan Datuk Seri Najib  terletak pada cara penyampaian beliau yang bercakap 100 peratus bersandarkan kepada fakta yang tidak diubah dan gagal disangkal oleh Pakatan Harapan.

Setiap hari Datuk Seri Najib mengkritik kerajaan dengan jujur dan sedikit demi sedikit rakyat membuka mata terhadap kebenaran kerana beliau langsung tidak memainkan sentimen kebencian, hasutan, malah jauh sekali dari mengajak rakyat turun memberontak di jalanan walaupun dihadapkan dengan puluhan dakwaan tidak masuk akal di mahkamah. 

Berbeza dengan pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib tidak mengajak rakyat untuk membela dirinya, sebaliknya beliau terus membela rakyat. 

Datuk Seri Najib membela dirinya  secara terhormat dengan membentangkan kebenaran sama ada di media sosial atau di mahkamah, bukan di jalanan. 

Berbeza juga dengan pendekatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengajak ahli UMNO memberontak dan menggesa satu demi satu Presiden UMNO meletak jawatan, sebaliknya Datuk Seri Najib mengajak ahli UMNO berhenti bergaduh dan bersatu di bawah pemimpin-pemimpin yang telah dipilih. 

Kini Datuk Seri Najib mendapat kuasa pengaruh yang begitu besar bukan dari jawatan dalam UMNO tetapi dari sifat kasih sayang yang ditunjukkan nya kepada rakyat.

Datuk Seri Najib mendapat kembali kasih sayang yang diberikannya kepada rakyat dengan pulangan kasih sayang secara semulajadi dan tanpa syarat, bukan secara hasutan dan tohmahan. 

Rakyat tidak meminta apa-apa darinya melainkan kasih sayang tanpa syarat kerana rakyat tahu beliau bukan lagi Perdana Menteri yang berkuasa. 

Memang menakjubkan kuasa Allah Taala yang meniupkan kasih sayang ke hati manusia. 

Atas semangat perjuangan dan pengaruh semulajadi Datuk Seri Najib yang diperolehi secara kasih sayang, bukan kuasa “legitimate” atau “veto”, maka BN sebulat hati memilih beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN semalam. 

Datuk Seri Najib dilihat sebagai lambang kuasa yang menakluk hati rakyat walaupun BN tewas pada PRU14 dan kasih sayang rakyat!

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali didakwa, dijatuhkan hukuman bersalah dan diampunkan setelah PH bersetuju menerima Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. 

Kini Datuk Seri Anwar juga menjadi calon Perdana Menteri ke 8.

Lim Kit Siang telah berjuang lebih 60 tahun untuk menjatuhkan kerajaan BN namun gagal sepanjang lebih separuh abad, namun PH tidak pernah meminggirkan Lim Kit Siang.

Mengambilkira iklim politik semasa, perlantikan Datuk Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN adalah satu tindakan bijak dan berasas dengan mengambilkira populariti dan penerimaan rakyat terhadap beliau.

Datuk Seri Najib telah membuktikan beliau Perdana Menteri Malaysia paling berjaya dalam sejarah dengan pencapaian ekonomi negara yang melebihi campuran pencapaian lima Perdana Menteri sebelumnya! 

Datuk Seri Najib telah membuktikan dirinya adalah Perdana Menteri yang paling mengambil berat kehidupan rakyat B40 sehingga jutaan rakyat masih menyayangi  nya walaupun dihadapkan dengan puluhan dakwaan tidak munasabah di mahkamah hari ini. 

Berikutan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikai perlantikan Datuk Seri Najib, EMPIRICAL MALAYSIA menganggap ianya satu kenyataan tidak berkredibiliti dari seorang pemimpin paling tidak bertanggungjawab dalam BN. 

Beberapa bulan lalu, Datuk Seri Nazri Aziz melancarkan kempen tidak masuk akal untuk BN bersama DAP dan ianya ditolak mentah oleh ahli UMNO sebelum idea tersebut sempat dipotong tali pusatnya. 

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional tersebut langsung tidak pernah membela BN dan rakyat selepas PRU14, sebaliknya hanya membuat kenyataan tidak masuk akal. 

“BN kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang dia boleh sumbangkan kepada kita?” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Jika Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan langkah itu sebagai regresif kerana meragui Datuk Seri Najib yang kembali popular dengan fenomena ‘bossku’, boleh menasihati BN, rakyat menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz yang akrab dengan Lim Guan Eng sebagai duri dalam daging kepada perjuangan rakyat hari ini. 

Rakyat tidak mencari duri, tapi rakyat mencari penawar ketika kehidupan 34 juta rakyat Malaysia sedang menderita di bawah kerajaan ditunjangi DAP.

Seperkara lagi, Datuk Seri Nazri Aziz juga terlibat dengan DAP dalam kertas siasatan SPRM berkaitan Projek Terowong Dasar Laut. 

Mungkin Datuk Seri Nazri Aziz perlu menumpukan perhatian untuk membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum bimbangkan perlantikan Datuk Seri Najib Razak.

Persoalannya, siapa yang kuat mengkritik dan melawan PH setiap hari? Datuk Seri Nazri Aziz ke?

Siapa yang semakin disayangi rakyat dan popularitinya melonjak setelah ramai sedar beliau telah difitnah dan dianiayai berulang kali oleh PH? Khairy Jamaluddin ke?

Siapa yang berani melawan anak-beranak DAP dengan fakta sehingga kedua-dua nya tidak dapat membalas? Datuk Seri Nazri dan Khairy Jamaluddin ke?

I rest my case.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini