Kembar kulit hitam, putih mengejutkan si ibu - Utusan Malaysia

Kembar kulit hitam, putih mengejutkan si ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER – Seorang wanita yang melahirkan bayi kembar, seorang berkulit hitam manakala seorang lagi berkulit putih (albino), mendedahkan rasa terkejut dan percaya telah ‘diberikan’ bayi yang salah.

JUDITH NWOKOCHA bersama Kamsi (kiri) dan Kachi (kanan). – AGENSI

Daily Mail melaporkan, Judith Nwokocha, 38, seorang jurugambar kelahiran Nigeria dari Calgary terkejut melihat ketika pertama kali ditemukan dengan anak lelakinya, Kamsi, yang berkulit hitam, dan gadis kecilnya, Kachi, yang kemudian didiagnosis albino.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia sebelumnya menjalani rawatan kaedah tabung uji atau pembenihan in-vitro (IVF) dan mendapati orang ramai tidak percaya bahawa anaknya itu adalah kembar kerana warna kulit yang berbeza.

Bagaimanapun, Kamsi dan Kachi, kini berusia tiga tahun, seakan-akan ‘tidak menyedari apa-apa perbezaan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini