Kelantan perlu sokongan '4 pihak' - Utusan Malaysia

Kelantan perlu sokongan ‘4 pihak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Julai – Pembangunan di negeri ini tidak mampu dilakukan oleh Kerajaan Pas Kelantan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan bantuan dan penglibatan ’empat pihak’.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, empat pihak terbabit ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta, orang awam dan semestinya kerajaan negeri sendiri.

Katanya, bantuan dan penglibatan yang ditagih pula tidak semestinya membabitkan kewangan, sebaliknya cukup sekadar curahan idea dan sokongan moral.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila ada gabungan keempat-empat pihak ini barulah kita dapat terus melangkah ke hadapan.

“Segala pandangan yang membawa kebaikan amat kita perlukan (dalam membangunkan negeri),” katanya selepas merasmikan Kelantan Charity Drive 2019 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Zamri Ismail

Program dengan tema ‘Menjelajah Menghulur Bantuan’ anjuran bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri serta RSH Venture itu menarik kehadiran 140 pemilik ‘supercar’ dari Kuala Lumpur dan utara tanah air yang berhimpun di negeri ini bermula semalam sehingga esok.

Pada majlis itu juga, seramai 400 anak yatim dan golongan miskin diraikan dan menerima sumbangan wang tunai serta hadiah cabutan bertuah berupa basikal dan motosikal.

Ahmad dalam pada itu berkata, beliau menyambut baik program jelajah amal berkenaan yang julung kali diadakan kerana dapat mempromosi kebudayaan dan pelancongan negeri ini selain membantu anak yatim, ibu tunggal dan asnaf.

“Ahli-ahli kelab pemotoran yang hadir kebanyakan terdiri daripada individu berpengaruh dan usahawan berjaya, mereka juga berminat meninjau peluang pelaburan dan inisistif yang boleh dijayakan di negeri ini,’ katanya.

Dalam pada itu, Ketua Konvoi, Ahmad Rifad A. Rashid pula berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM400,000 untuk membantu golongan memerlukan hasil jaringan hubungan dengan syarikat berkaitan automatif, perladangan, perkayuan, perlombongan dan lain-lain di negeri ini.

Katanya, mana-mana pihak atau NGO yang memerlukan bantuan daripada dana tersebut boleh menghubunginya di talian 01110373009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini