LONDON – Everton berminat untuk membeli penyerang Juventus, Moise Kean yang bernilai 36 juta pound (RM183 juta). Skuad The Toffees itu mahu memperkuatkan jentera serangan mereka bagaimanapun Juventus bakal menuntut pembayaran penebusan kontrak yang turut disertakan dalam kontrak jika mereka mahu membeli pemain berusia 19 tahun itu. Everton telah pun menjual Ademola Lookman dengan harga 22.5 juta pound (RM114 juta) dan pastinya mereka mahu membeli pemain baharu sebagai pengganti. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya