SERDANG 30 Julai – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Serdang bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Kokurikulum yang berlangsung meriah dengan penglibatan para pelajar, guru dan ibu bapa. Karnival yang dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Billy Sun itu juga berjaya mengumpul dana untuk membantu kecemrlangan kokurikulum dan pembiayaan infrastruktur di sekolah tersebut. Pada masa sama ia juga dapat memupuk budaya keusahawan dan kecemerlangan kokurikulum.…










