Kanak-kanak maut jatuh sungai - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan ditemukan lemas, selepas terjatuh ke dalam sebatang sungai berhampiran Jeti Nelayan Kampung Sungai Menghulu, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang bermain bersama empat lagi adik-beradiknya di lokasi berkenaan, yang terletak berhampiran rumah bapa saudaranya.

“Menurut bapa saudara kanak-kanak malang itu kira-kira pukul 1.10 petang dia (bapa saudara mangsa) dimaklumkan oleh anaknya bahawa mangsa telah terjatuh ke dalam air, sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kanak-kanak itu berada di dalam air dalam keadaan tenggelam timbul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bapa saudara kanak-kanak itu kemudian mengangkat mangsa dan membawanya ke Hospital Sultanah Maliha untuk mendapatkan bantuan, sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Mohd Iqbal berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak mendapati sebarang unsur jenayah dan kes masih dalam siasatan. 

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Khamis (1 Julai),” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini