FRANKFURT 29 Julai- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut manakala ibunya cedera parah apabila seorang lelaki tidak dikenali menolak mereka ke landasan kereta api berkelajuan tinggi ICE ketika kereta api itu sedang melalui stesen Frankfurt, di sini hari ini.
AFP melaporkan, polis menahan suspek berusia 40-an, berasal dari Afrika yang cuba melarikan diri, tetapi berjaya ‘diberkas’ orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Kes itu diklasifikasikan sebagai membunuh dan polis sedang menyiasat motif kejadian. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











