Kanak-kanak 4 tahun lemas terjatuh dalam longkang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 4 tahun lemas terjatuh dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam longkang sedalam empat meter di Pangsapuri Dahlia, Taman Bunga Raya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Muhammad Amin Shah Safaruddin difahamkan sedang bermain bersama seorang lagi rakannya yang berusia enam tahun sebelum kasut dipakai mangsa terjatuh ke dalam longkang terbabit.

Mangsa kemudian cuba mengambil kasutnya sebelum terjatuh dan hanyut kira-kira satu meter dari lokasi kejadian sementara rakannya yang menyedari kejadian tersebut bergegas memaklumkan keluarga mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada pukul 2.20 petang.

“Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian, anggota PPDA telah melakukan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mayat mangsa kira-kira satu meter dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian telah dibawa naik sebelum di hantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut dan ketika kejadian cuaca berada dalam keadaan baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini