‘Kami terpaksa minum air lumpur’ - Utusan Malaysia

‘Kami terpaksa minum air lumpur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUWAHATI 18 Julai – Jumlah kematian akibat banjir yang melanda Asia Selatan kini melepasi 250 orang dengan berjuta-juta penduduk di timur laut India terkandas, selain pihak berkuasa bimbang de­ngan bekalan air bersih serta makanan untuk mangsa bencana itu.

Di kebanyakan kawasan di India, Nepal, Bangladesh dan Pakistan, jutaan penduduk terjejas dan ratusan ribu hilang tempat tinggal.

Seorang mangsa, Anami­ka Das dari Assam, India memberitahu, dia hanya bergantung kepada sumber makanan yang sedikit dan air simpanan yang kotor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia juga berdepan kesukaran untuk menyusukan bayi lelakinya.

PENDUDUK meredah banjir di Muzaffarpur, Bihar, semalam. AFP
PENDUDUK meredah banjir di Muzaffarpur, Bihar, semalam. AFP

“Kami hanya makan bubur untuk terus hidup,” katanya.

Subhas Bania, yang kini ditempatkan di penempatan sementara Amtola pula berkata, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan untuk penyediaan bekalan air bersih.

“Kami terpaksa minum air berlumpur,” katanya.

Angka kematian akibat banjir di India meningkat kepada 100 orang setakat ini dan kebanyakan kawasan terputus hubungan.

Sementara itu di Bangladesh, kira-kira satu pertiga daripada negara itu ditenggelami air dan 59 orang maut, kata pihak berkuasa.

“Hujan lebat berlarutan sejak beberapa hari lalu menyebabkan tanah runtuh dan merosakkan rumah kami. Ramai kanak-kanak mati lemas akibat dihanyutkan arus deras malah anak saudara saya juga hanyut,” kata Sanjida Begum di Cox’s Bazar, Bangladesh. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini