Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Kadar antara bank jangka pendek terus stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional menurun kepada RM18.30 bilion daripada RM21.14 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia menokok kepada RM14.10 bilion daripada RM10.61 bilion.

Terdahulu, BNM mengeluarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada pukul 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional RM18.3 bilion dan tender pasaran wang Murabahah berjumlah RM13.1 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar faedah purata semalaman Islam sebanyak 2.96 peratus manakala kadar satu minggu, dua dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini