Jutawan AS ditahan dakwaan pemerdagangan seks - Utusan Malaysia

Jutawan AS ditahan dakwaan pemerdagangan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Jutawan dana lindung nilai ditahan atas dakwaan pemerdagangan seks do kawasan New York selepas disusuli dakwaan-dakwaan mencabul gadis muda, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Lapor CBS Miami, Jeffrey Epstein yang akan dihadapkan di hadapan majistret persekutuan esok, ditahan selepas tiba dari Paris dengan jet peribadinya semalam.

Menurut sumber, Epstein didakwa dengan satu kesalahan pemerdagangan seks dan konspirasi melakukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Epstein merupakan seorang yang mempunyai banyak kenalan termasuk Presiden Donald Trump dan bekas Presiden, Bill Clinton.

Selain itu, ia juga menarik perhatian terhadap peranan R. Alexander Acosta yang kini menjadi Setiausaha Buruh Amerika Syarikat (AS) selepas pendakwa raya persekutuan kanan di Miami.

Terdahulu, Epstein mengelakkan pendakwaan persekutuan dalam kes melakukan seks dengan perempuan bawah umur termasuk berusia 13 tahun mengikut laporan Miami Herald.

Dia membuat rundingan perjanjian rayuan pada 2007 oleh Acosta yang mana dia mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dengan pelacuran daripada bawah umur dan dikenakan penjara 18 bulan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini