KEMAMAN – Seorang juruteknik pendingin hawa maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Paya Padi di Kampung Teladas, Air Putih di sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu mengakibatkan Tuan Zulhakimi Tuan Ahmad, 19, cedera parah di dada dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman pukul 8.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Said Ibrahim berkata, ketika kejadian remaja terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dari Kampung Teladas menghala ke Kampung Darat. “Bagaimanapun, motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya