Juliana Evans namakan puterinya Kamiliah - Utusan Malaysia

Juliana Evans namakan puterinya Kamiliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pelakon Che Puan Juliana Evans yang baharu melahirkan anak sulungnya semalam, telah memberikan nama yang cukup indah buat puterinya.

Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menjadi nama pilihan yang diberikan kepada cahaya mata tersebut.

Nama puteri Juliana itu dikongsi oleh abang iparnya, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi laman Instagramnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, ini anak perempuanku Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Tahniah Tengku Afeq dan Juliana Evans,” tulis Tengku Salehuddin.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Hasil perkahwinan itu, Juliana dikurniakan anak perempuan pada 13 Julai 2019. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini