Jualan tertinggi sejak Julai 2015 - Utusan Malaysia

Jualan tertinggi sejak Julai 2015

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Proton Holdings Bhd. mencatat jualan sebanyak 7,615 unit pada Jun, ­angka kedua tertinggi direkodkan syarikat tahun ini menjadikan pegangan sebanyak 18.1 peratus daripada pasaran automotif Malaysia, tertinggi sejak Julai 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Li Chunrong berkata, jualan meningkat sebanyak 23 peratus berbanding Jun tahun lalu yang membantu syarikat mendapat kedudukan kedua dalam jadual jualan untuk bulan ketiga berturut-turut.

Katanya, jumlah itu me­nyumbang kepada pertumbuhan jualan keseluruhan sebanyak 61 peratus untuk enam bulan pertama 2019, meletakkan syarikat di landasan tepat mencapai sasaran jualan tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Proton X70 terus menjadi satu daripada produk Proton paling popular. Bagi separuh pertama tahun ini, sebanyak 15,175 unit telah diserahkan kepada pelanggan.

“Jualan Proton Saga terus berkembang dengan sebanyak 2,541 unit diserahkan pada Jun, menyumbang kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 27 peratus berbanding enam bulan pertama 2018,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Model-model lain yang kini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar menunjukkan prestasi baik dengan tempahan untuk Proton Persona, Iriz dan Exora 2019 meningkat masing-masing sebanyak 108 peratus, 180 peratus dan 135 peratus berbanding jumlah tempahan model semasa.

Bagi separuh kedua 2019, Chunrong berkata, tumpuan akan diberi kepada peningkatan jualan dengan memperkenalkan model-model baharu dan yang ditambahbaik seperti dijanjikan awal tahun ini.

Jelasnya, pengalaman premium pertumbuhan jualan Proton dipengaruhi melalui dua perkara iaitu penambahbaikan pada produk dan kedua, peningkatan bilangan rangkaian cawangan 3S/4S syarikat.

“Sehingga akhir Jun, Proton mempunyai 91 cawangan yang telah ditambahbaik, paling ba­nyak antara kebanyakan jenama automotif di Malaysia.

“Strategi kami untuk me­ningkatkan kehadiran syarikat ialah dengan memperbanyakkan jumlah cawangan 3S/4S di dalam rangkaian untuk memastikan syarikat dapat memberi pengalaman jenama yang premium kepada semua pelanggan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini