SHAH ALAM – Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. (Gardenia), syarikat pengeluar mi kuning berjenama NuMee, berkeyakinan terhadap produk terbaharunya itu untuk terus mencatat jualan yang semakin bertambah pada masa depan. Pengerusinya, Datuk Mohammad Zainal Shaari berkata, sehingga kini, mi kuning yang telah berada di pasaran sejak pertengahan Mei lalu itu dijual lebih daripada dua juta pek di seluruh negara. Menurut beliau, NuMee dihasilkan daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet serta sebarang pewarna tambahan sekali gus menjadikan ia sebagai produk mi kuning pertama di pasaran Malaysia yang melalui proses pempasteuran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya