LONDON – Bosan sering kali dipersalahkan apabila kurang aktiviti jual beli pemain oleh Tottenham telah mendorong Mauricio Pochettino menggesa agar tugasnya ditukar daripada pengurus kepada jurulatih.
Menjelang musim baharu, Spurs baharu mendapatkan dua pemain pada pasaran perpindahan dengan seorang pemain mereka dipinjam keluar manakala empat lagi sudah meninggalkan kelab tersebut.
Selepas menewaskan Real Madrid 1-0 dalam aksi persahabatan di Munich, pengurus dari Argentina itu dia tidak diberi kuasa untuk urusan jual beli pemain Spurs.
“Bukan saya yang uruskan. Saya tidak tahu apa-apa mengenai situasi pemain dan saya hanya menjadi jurulatih mereka sahaja. Berusaha untuk memastikan mereka berada di tahap terbaik.
“Urusan jual beli pemain, melanjutkan kontrak atau tidak, bukan kuasa saya kerana kelab menguruskan sepenuhnya dan ini adalah tanggungjawab Daniel Levy (pemilik Spurs).
“Saya cuma menguruskan kelab ini dalam keadaan sebaik mungkin,” katanya.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai situasi yang dihadapi Pochettino bersama Spurs, ini jawappanya.
“Mungkin kelab perlu menukar peranan saya sekarang sebab tugas saya ketika ini hanya menjadi jurulatih. Persoalan ini bukan untuk saya tetapi untuk kelab. Saya tidak diberi peranan terhadap situasi pemain. Saya bos daripada segi strategi untuk berlatih, bermain, falsafah dalam bidang saya.
“Hari ini, saya fikir saya hanya jurulatih sahaja,” kata Pochettino lagi. – AGENSI











