Jordan haramkan permainan secara online PUBG - Utusan Malaysia

Jordan haramkan permainan secara online PUBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN – Kerajaan Jordan kelmarin mengharamkan permainan secara online yang popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) atas alasan ia memberi kesan negatif ke atas rakyat negara itu.

Sering diumpamakan seperti siri buku dan filem The Hunger Games, PUBG meletakkan pemain menentang antara satu sama lain menggunakan watak yang terdampar di sebuah lokasi terpencil dalam perlawanan sehingga mati.

PUBG juga telah menjadi antara permainan peranti mudah alih paling popular di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permainan video itu mempunyai kesan negatif kepada pemain yang membawa kepada sekatan ke atasnya di negara ini,” jelas satu sumber dalam Pentadbiran Kawal Selia Telekomunikasi Jordan.

Langkah itu menyusul selepas Iraq, Nepal, negeri Gujarat di India serta wilayah Aceh, Indonesia mengharamkan PUBG sebelum ini.

Pada bulan Mei lalu, gergasi teknologi China, Tencent berhenti menawarkan permainan video tersebut kepada orang ramai sebaliknya menghubungkan pelanggan mereka ke program hampir serupa yang syarikat itu cipta dan lancarkan sendiri.

PUBG sangat popular di Jordan sehinggakan beberapa institusi awam terpaksa mengeluarkan amaran supaya kakitangan mereka tidak bermain permai­nan video tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini