JOHNSON’S menambah baik ciri-ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang tidak mengandungi paraben, ftalat, sulfat dan pewarna. Ia dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar.
Berucap dalam majlis pelancaran rangkaian produk baharu itu, Pengarah Negara untuk Pengguna Johnson & Johnson Malaysia, Prashant Mahalingam berkata, produk terbaharu ini bukan sekadar proses formulasi semula, tetapi merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi Johnson’s secara keseluruhan.
Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama itu selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.
“Untuk menghasilkan produk baharu, kami memberi keutamaan kepada ibu bapa. Kami mendengar pendapat lebih daripada 26,000 ibu bapa di seluruh dunia dan menggabungkan maklum balas mereka dengan penemuan sains terkini untuk membentuk dan menambah baik produk kami dari luar dan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, hasilnya adalah rangkaian produk penjagaan bayi yang paling lembut dapat dihasilkan dan sehingga kini pihaknya meningkatkan tahap piawaian Best for Baby™ dari formulasi sehingga reka bentuk pembungkusan.
Dalam pada itu, Johnson’s yang baharu telah menetapkan piawaian untuk kelembutan menerusi pemilihan bahan yang bermanfaat dan ketelusan bahan sepenuhnya.

“Menerusi reka bentuk pembungkusan baharu dan label yang mudah difahami ibu bapa bagi mengenal pasti produk untuk kanak-kanak mengikut usia dan peringkat pembesaran yang berbeza, kesemua bahan yang digunakan akan dinilai dan menjalani proses jaminan kualiti yang ketat.
“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami di mana setiap produk direka untuk memenuhi atau menjangkau piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” tambah Prashant.











