KUALA LUMPUR 31 Julai – Seorang bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho, atau Jho Low mendesak beliau supaya tidak menggunakan e-mel rasmi AmBank untuk menghantar draf surat arahan kepada pemegang mandat akaun bekas perdana menteri itu. Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu…










