JDT rasmi bergelar juara Liga Super 2019 - Utusan Malaysia

JDT rasmi bergelar juara Liga Super 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bergelar juara Liga Super 2019 apabila menjulang piala berprestij itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

Lebih manis lagi, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan keenam berturut-turut kelab selatan tanah air itu sejak 2014.

Perarakan membawa masuk piala berkenaan ke dalam stadium disempurnakan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF).

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, dalam perlawanan terakhir skuad Harimau Selatan di laman sendiri, mereka terpaksa berpuas hati apabila berkongsi mata dengan Terengganu selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 3-3.

Keputusan itu bagaimanapun tidak merencatkan sambutan kejuaraan JDT yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam ini.

Dianggarkan seramai 5,000 penyokong JDT akan berkumpul bagi meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka mencatat hatrik berganda.

Sementara itu, dalam satu majlis yang diadakan petang tadi juga di Dataran Bandaraya Johor Bahru, JDT menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) atas kejayaan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini