TUDUHAN mengatakan bahawa peneroka Felda malas adalah satu tuduhan terkebelakang dan dianggap buta sejarah. Felda tidak akan berada pada tahap hari ini jika bukan kerana kegigihan peneroka membangunkan tanah rancangan ini.
Konsep pengenalan buku hijau termasuk pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Allahyarham Tun Razak diakui oleh bank dunia dan menjadi model paling berjaya di dunia. Berhubung isu pencantuman tanah Felda secara estet, perlu diketahui tanah rancangan Felda adalah berbeza dengan tatacara pengurusan estet.
Jika konsep estet diperkenalkan kita khuatir akan ada pihak-pihak tertentu cuba mengaut keuntungan melalui pemilikan saham dalam estet berkenaan.
Akhirnya matlamat asal Felda sudah tersasar jauh. Kita juga bimbang akan nasib 90 peratus golongan Melayu dalam pemilikan tanah Felda.
ISMAIL AWANG
Felda Kg. Awah, Temerloh











