Jangan lengahkan siasatan! - Utusan Malaysia

Jangan lengahkan siasatan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perkasa menggesa pihak PDRM segera menyiapkan siasatan atas aduan kes rogol membabitkan Exco Kerajaan Negeri Perak yang mangsanya pekerja dari Indonesia dan pihak Peguam Negara tidak lengah-lengahkan pendakwaan jika didapati ada bukti kejadian itu berlaku.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selalu mendakwa mereka telus dan tidak melindungi sesiapa jika pemimpin mereka terbabit dengan salah laku apalagi membabitkan kes yang dianggap jenayah berat seperti rogol.

Kes ini telah mendapat liputan meluas media negara jiran kita Indonesia sejak ia didedahkan sehingga ke hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes ini sungguh memalukan negara. Kes profail tinggi seperti ini sewajaranya disegerakan. Tidak boleh biarkan berlanjutan berbulan-bulan tanpa ada pendakwaan.

Perkasa ingin tahu apa status siasatan kes itu sehingga kini dan bila boleh selesaikan siasatan serta bila boleh didakwa pelakunya. Apakah perlu berbulan-bulan siasatan dibuat?

Perkasa berharap tiada cubaan untuk lindungi pelaku oleh parti memerintah. Rakyat menanti kes ini dan bertanya-tanya, apakah akan ada lagi ahli politik dari PH akan dilindungi atau dilepaskan dari disabitkan kesalahan?

Pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan penting di Pusat atau di Negeri, tolong jaga tingkah laku kamu semua jangan sampai memalukan negara. Dari kes 1MDB hingga ke kes homoseks dan kini kes rogol pula. Memalukan.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung Perkasa

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini