KUALA LUMPUR 14 Julai – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak supaya tidak lagi mengaitkan video seks songsang dengan UMNO atau BN.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara menerusi laporan KiniTV.com dalam sidang akhbar mengenai video yang dikaitkan antara Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Ok, sudah dikenal pasti.
“Jangan kaitkan lagi video ini dengan UMNO atau BN,” katanya menerusi perkongsian status dalam akaun Facebooknya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak mahu ada pihak menuding jari kepada UMNO atau BN berkaitan pertelingkahan dalaman PH akibat video berkenaan.
“Korang elephant lawan elephant sendiri tetapi hendak tuding jari kepada kita pula.
“Kita tak main benda-benda macam ini,” sindirnya. – UTUSAN ONLINE











