Jangan gundah gulana isu pembubaran UMNO - Utusan Malaysia

Jangan gundah gulana isu pembubaran UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 28 Julai – Pendaftaran keahlian terus dalam Barisan Nasional (BN) merupakan antara kaedah yang bakal dilaksanakan sekiranya parti itu terpaksa dibubarkan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun untuk membubarkan UMNO bukanlah suatu perkara yang mudah kerana memerlukan pelbagai prosedur daripada sudut perundangan dan sebagainya.

“Kemungkinan UMNO ini dibubarkan bukanlah semudah apa yang dicakap dan kalau pun UMNO dibawa ke mahkamah kita akan lawan sampai mati dalam mahkamah nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan gundah gulana bila dengar UMNO hendak dibubarkan sehingga hendak menghantuk kepala ke dinding dan bergolek-golek atas jalan, jangan risau kami sebagai pemimpin akan jalankan tanggungjawab,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Bentong di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menurutnya, pendaftaran terus keahlian parti kepada BN telah mula dilakukan terhadap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor yang memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.

Katanya, selain kaedah pendaftaran terus berkenaan pihaknya juga memikirkan kaedah lain seperti keahlian dalam parti-parti lain yang tidak aktif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini