LONDON – Bekas pertahanan antarabangsa England, Phil Jagielka kembali ke pangkuan Sheffield United selepas 12 tahun bersama Everton.
Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani perjanjian selama setahun di Bramall Lane menjelang kepulangan Blades ke kancah Liga Perdana Inggeris.
Jagielka yang pernah dilantik sebagai penolong kapten United sewaktu kempen terakhir mereka dalam Liga Perdana pada 2006/07 dan selepas Sheffield tersingkir pemain itu menyertai Everton, yang menyaksikan dia melakukan hampir 400 penampilan.
“Dia mempunyai sejarah di kelab ini yang mana ia sesuatu yang hebat, tetapi bertemu dengannya dan mendengar tentang hasratnya menjadikan saya cukup gembira berjumpa Jags.
“Dia menyertai kami dengan niat untuk bermain, malah dia sedar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dia perlu bersaing, tetapi saya gembira dapat meluangkan masa dengannya dan melihat keinginannya mencipta kejayaan pada penghujung karier,” kata pengurus United, Chris Wilder.
Jagielka, yang melakukan 40 penampilan bersama England, mengumumkan bulan lalu masanya di Everton sudah menemui titik noktah, selepas hanya tampil dalam tujuh perlawanan Liga Perdana, musim lepas. – AFP











