KUALA LUMPUR – Warga Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. baru-baru ini berkongsi kegembiraan menyambut Syawal dengan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama anak-anak yatim di Dewan D’Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara, di sini.
Majlis yang bertujuan mengeratkan silaturahim bersama tetamu itu turut menyaksikan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad, Abdul Hadi Ali dan Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











