IWK nafi punca pencemaran Sungai Kayu Ara - Utusan Malaysia

IWK nafi punca pencemaran Sungai Kayu Ara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK) menafikan pembabitan pihaknya sebagai punca pencemaran di Sungai kayu Ara, Petaling Jaya baru-baru ini.

IWK dalam satu kenyataan memberitahu, loji-loji kumbahan miliknya yang beroperasi berdekatan dengan sungai tersebut berada dalam keadaan baik dan mematuhi piwaian Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut kenyataan tersebut, terdapat enam loji rawatan kumbahan berdekatan Sungai Kayu Ara yang mana hanya satu loji rawatan kumbahan yang melepaskan effluen terawat di sungai itu manakala selebihnya mengalir ke longkang monsun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kami ini menegaskan bahawa semua effluen terawat yang dilepaskan daripada loji IWK mematuhi piawaian JAS.

“IWK sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pembentungan yang cekap dan memastikan semua kerja-kerja operasi serta penyelenggaraan di 6,700 buah loji rawatan kumbahannya mematuhi prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian yang mendakwa air sisa kumbahan dari loji IWK dipercayai menjadi punca pencemaran susulan menerima aduan berlakunya pencemaran dan beratus-ratus ikan di Sungai Kayu Ara mati.

Ini berdasarkan keputusan pensampelan mendapati bacaan Ammoniakal Nitrogen di hulu Sungai dan sekitar adalah tinggi dan berkemungkinan daripada effluean loji rawatan kumbahan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini