Isytihar harta: ADUN UMNO tidak hormat institusi Speaker - Utusan Malaysia

Isytihar harta: ADUN UMNO tidak hormat institusi Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Julai – Wakil rakyat UMNO yang enggan membuat pengisytiharan harta kepada Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak menghormati institusi Speaker DUN negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Speaker DUN hanya bertindak sebagai perantara sebelum borang pengisytiharan harta oleh semua ADUN Perak diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Baguslah, asalkan mereka (ADUN UMNO) mahu isytihar harta kepada SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau UMNO berhasrat untuk tidak menghormati institusi Speaker, saya tak boleh buat apa-apa.

“Tak kan saya nak mengajar mereka yang pernah jadi kerajaan lebih 60 tahun tapi mereka gagal menghormati institusi Speaker DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Jasa Mu Dikenang di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan ADUN UMNO hanya akan mengisyitharkan harta kepada SPRM dan bukannya kepada Koo Ham.

Saarani berkata, ini kerana Speaker DUN Perak tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Sidang DUN Perak baru-baru ini meluluskan usul pengisytiharan harta melibatkan semua 59 ADUN dengan mereka wajib mengisytiharkan harta termasuk isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam tempoh tiga bulan sehingga 23 Oktober depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini