Isu 300,000 orang India tiada kad pengenalan sudah selesai? - Utusan Malaysia

Isu 300,000 orang India tiada kad pengenalan sudah selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa mengumumkan status rekod terkini pemberian kewarganegaraan bagi kes kad pengenalan merah dan kes ketiadaan sijil kelahiran kepada kaum India. Sebelum PRU-14, kerajaan PH telah berjanji akan menyelesaikan isu kewarganegaraan dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan? Di manakah janji kerajaan PH sekarang?

PH telah menjadikan isu kewarganegaraan ini sebagai ‘retorik politik’ untuk meraih undi orang India semasa PRU-14. Hari ini di manakah janji-janji berkenaan seperti yang telah diumumkan oleh Menteri PH yang bertanggungjawab kononnya akan menyelesaikan masalah ini dalam tempoh 100 hari? Berapa orang yang telah diberikan kad pengenalan biru dan berapa orangkah yang masih mempunyai kad pengenalan merah?

Di bawah kerajaan sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak waktu itu bahawa satu unit khas ditubuhkan di bawah Malaysian Indian Blue Print (MIB). Kempen MyDaftar telah dijalankan dari peringkat negeri ke negeri. Di bawah MIB, diberikan kelulusan secara berperingkat-peringkat. Saya mengesa menteri-menteri yang mewakili kaum India dan menteri yang bertanggungjawab untuk kemukakan rekod terkini berhubung status kewarganegaraan bagi kaum India.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang rakyat mahukan ialah pelan tindakan drastik yang telah diambil oleh kerajaan PH untuk menyelesaikan isu ini? Mana Pelan Tindakan Kerajaan PH? Adakah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengatasi isu “stateless” ini? Adakah maklumat berkaitan stateless isu ini sampai ke peringkat akar umbi terutamanya kaum India di kawasan pedalaman? Kita tidak melihat sebarang daya usaha oleh kerajaan PH terhadap isu ini? Adakah kerajaan PH serius terhadap isu stateless ini? Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga?

Jika kerajaan lalu menggunakan platform MyDaftar untuk kenal pasti golongan stateless, bagaimana dengan kerajaan PH? Apakah platform yang PH gunakan? Kami ingin tahu rekod terkini berhubung pemberian kewarganegaraan kaum India!

Sila dedahkan data terkini! Kami mengesa Menteri dari estet ke Kabinet dan Menteri Perpaduan bertanggungjawab terhadap isu ini! Berapa lama anda akan mengambil masa untuk selesaikan isu ini? Janji 100 hari, ini sudah melebihi setahun dua bulan? Takkanlah masih dalam proses mengkaji?

H. Puvaniten

Ketua Biro Perpaduan Nasional Gerakan

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini