Iskandar juara di Rusia - Utusan Malaysia

Iskandar juara di Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin merangkul kejuaraan pertamanya sejak keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila mengungguli Badminton Cabaran Antarabangsa White Nights di St. Petersburg, Rusia hari ini.

Pemain perseorangan lelaki berusia 28 tahun itu yang bergerak secara profesional tahun lalu menumpaskan Siddharth Pratap Singh dari India 21-13, 21-16 dalam perlawanan akhir di Arena Generala Knysha Street.

Terdahulu, Iskandar menumpaskan rakan sepasukan Siddharth, Yahul Yadav Chittaboina 21-15, 21-18 pada pusingan pertama sebelum menyingkirkan Camilo Borst dari Jerman 21-3, 21-8 pada pusingan kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia meneruskan kemaraan dengan mengetepikan pemain Austria, Wolfgang Gnedt 21-16, 21-16 pada pusingan ketiga, diikuti Misha Zilberman dari Israel 21-9, 22-20 pada suku akhir.

Dalam saingan separuh akhir, pemain kelahiran Johor itu dipaksa berhempas pulas ketika menundukkan pencabar dari Finland, Kalle Koljonen 21-17, 19-21, 21-12. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini