TEHERAN 8 Julai – Iran semalam mengancam untuk menghasilkan pengeluaran uranium melebihi daripada paras yabg ditetapkan dalam perjanjian nuklear 2015.
Langkah itu dibuat bagi memastikan semua pihak memberi sokongan kepada negara ini dan mendesak supaya Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan yang dikenakan terhadap Iran.
Selain itu, Teheran juga mengugut untuk ‘mengabaikan lebih banyak komitmen’ jika tiada sebarang penyelesaian dilakukan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perjanjian nuklear itu sebelum ini dipersetujui antara Iran, AS, Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia. – AFP











