Inter Milan hantar pulang Icardi - Utusan Malaysia

Inter Milan hantar pulang Icardi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Inter Milan telah menghantar penyerang Mauro Icardi pulang dalam masa sama mengesahkan pemain berkenaan tidak akan turut serta dalam aksi jelajah Asia, demikian pengumuman kelab itu.

Ketika ini kelab Itali berkenaan sedang menjalani latihan di Switzerland sebelum berdepan aksi persahabatan menentang Manchester United, Juventus, Paris Saint-Germain, Tottenham dan Valencia.

Pemergian bekas kapten, Icardi itu mungkin bermakna itu adalah hari terakhir dia bersama Nerazzurri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Icardi mengalas tugas kapten semasa musim 2018-19 dan tanggungjawab itu digantung selepas timbul ketegangan antara dia dan kelab.

Inter Milan hanya mengeluarkan kenyataan ringkas yang memberitahu keputusan berkenaan di buat berdasarkan persetujuan bersama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini