India henti pelancaran misi ke bulan, 56 minit sebelum perlepasan - Utusan Malaysia

India henti pelancaran misi ke bulan, 56 minit sebelum perlepasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRIHARIKOTA 15 Julai – India hari ini secara mengejut menghentikan pelancaran roket ke bulannya, kurang dari sejam sebelum ia dilepaskan ekoran masalah ‘teknikal’.

Miri Chandrayaan-2 atau Moon Chariot 2 itu menjadikan mereka sebagai negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China untuk mendaratkan kenderaan angkasa di permukaan bulan.

Pengiraan detik pelancaran di Pusat Angkasa Satish Dhawan dihentikan pada 56 minit dan 24 saat sebelum rancangan pelepasan pada pukul 2.51 pagi tadi. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini