BALIK PULAU – Bangkai seekor ikan lumba-lumba seberat kira-kira 70 kilogram ditemui terdampar di kawasan pesisir pantai Permatang Damar Laut, Bayan Lepas di sini semalam.
Bangkai berkenaan ditemui seorang nelayan kira-kira pukul 8 pagi sebelum memaklumkan kepada Jabatan Perikanan negeri.
Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar berkata, ikan lumba-lumba sepanjang 1.2 meter daripada spesis Porpoise Ambu itu dipercayai mati kira-kira dua minggu lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.











