NANTES 30 Julai – Penyiasat Perancis mengenalpasti identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan di sebatang sungai sebulan selepas kejadian rusuhan yang berlaku ketika penganjuran sebuah festival muzik, dekat sini.
Lelaki berkenaan, Steve Canico, 24, dilaporkan hilang pada malam antara 21 dan 22 Jun lepas ketika sepasukan anggota polis menyerbu konsert berkenaan.
Berpuluh-puluh penonton konsert berkenaan terjun ke sungai ketika berlaku pertempuran melibatkan pihak polis yang cuba menghalang penganjuran konsert itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam pada itu, pihak pendakwaraya telah membuka kertas siasatan dan pada masa yang sama, polis melakukan siasatan dalaman berkenaan insiden terbabit.-AFP











