TIDAK dinafikan, berhutang kini menjadi keperluan bagi setiap individu untuk memastikan kelancaran dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kita perlu berhutang untuk membeli rumah, kereta, membuat pelaburan, malah ada yang berhutang untuk berkahwin dan bercuti. Situasi itu secara tidak langsung menjadikan keperluan berhutang seperti ‘budaya’ walaupun menyedari amalan itu mampu mengundang risiko diisytiharkan muflis jika gagal membayar balik hutang itu dalam tempoh ditetapkan. Dalam menangani risiko diisytiharkan muflis dan keperluan berhutang, Islam memberi garis panduan sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya